Wednesday, February 21, 2018

Mercun: Ini Ketua Pemuda Ke, Ketua Budak-Budak?


Apa bendalah yang tak kena dengan Ketua Armada parti bunga ni, bodoh macam kayu.  Dicanang sebagai pemuda terbaik dalam kelasnya tapi setakat yang kita nampak kalau tak menipu, bagi cadangan yang hanya untuk budak-budak.

Menipu dari segi sehingga sekarang masih gagal membuktikan dakwaan konon UMNO cuba merasuahnya sebanyak RM 5 juta yang dibuat beberapa bulan lepas.  Ada cubaan sama dari puak Srikandi juga baru-baru ini termasuk mendakwa pelaku itu telah ditangkap SPRM, pun gagal menunjukkan bukti juga selain SPRM nafi tangkap sesiapa berhubung dakwaan tersebut.

Dah sekarang dia cerita pasal mercun pulak, apa bendanya ni?

Penting sangat ke mercun tu sehingga jadi agenda tak boleh tidak dari sayap pemuda parti politik?  Mercun yang kita tahu ni menyusahkan hidup saja.  Darj bahaya, bunyi, sampah, memekak telinga, menyusahkan hidup orang lain dan sebagainya, itu yang nak disegerakan dari sayap pemuda parti bunga?


Kalau ada keperluan dari segi agama dan kebudayaan tu kita fahamlah, yang kita cakap ni tujuan untuk seronok-seronok semata-mata.

Mana isu anak muda seperti  peluang pekerjaan, pembangunan, perumahan, pendidikan yang lebih baik nak ditawarkan daripada apa yang ada sekarang?

Oh ya, derma dah masuk berapa banyak dah?

1 comment:

  1. Ni le masalahnya apabila jadi Ketua Pemuda yang tak pernah duduk sebagai ahli di peringkat akar umbi seperti di cawangan. Tak tahu apa yang terjadi di peringkat bawahan melainkan berkepit dengan pemimpin tertinggi sahaja. Tak hairanlah jika ada ahli pemuda PPBM yang dah meluat dengan ketua mereka sendiri yang lebih menjaga kepentingan diri sendiri dari ahli parti.

    ReplyDelete