Lama dah nama anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba ini tidak kedengaran di media, terutama sejak dia keluar dari PAS pada tahun 2014.
Walaupun mengakui masih ahli UMNO (sebelum menyertai PAS pada tahun 2012), Tamrin seringkali dilihat bersama dengan pergerakan pembangkang, seperti Bersih dan sebagainya. Memandangkan PAS adalah parti politik terakhir yang disertainya, Tamrin lebih layak digelar ahli PAS, bukan UMNO.
Itu yang jadi hairan kenapa media pro pembangkang masih mengaitkan Tamrin dengan UMNO, dalam laporan dimana dia membuat aduan kepada SPRM mendedahkan status siasatan Ketua Pengarah SPRM bersama seorang wanita yang didakwa isteri orang.
Beberapa media pro pakatan ini melabel Tamrin sebagai bekas pemimpin tinggi UMNO pulak dalam laporan mereka. Seingat penulis, dah lama dia tak jadi pemimpin dalam UMNO walaupun sehingga 2012, dia mungkin masih ahli parti itu.
Adakah ini cubaan melagakan UMNO dengan Ketua Pengarah SPRM?
Nampak gayanya macam itu kerana jelas Tamrin, sebelum dia menyertai PAS pun, seakan manusia terbuang dalam UMNO - tidak ada peranan dan tidak ada apa-apa kelebihan melainkan nama besar arwah bapanya saja.
Apa pun tak seharusnya dia dikaitkan dengan UMNO lagi sebab sungguh lama Tamrin tidak lagi menjadi ahli UMNO atau memain sebarang peranan dalam parti tersebut.
No comments:
Post a Comment