Monday, February 5, 2018

2013 Marah Najib Lebihkan Cina, 2018 Dah Dia Pulak Makan Dedak Tauke Cina


Satu-satu hipokrasi Mahathir terserlah kebelakangan ini.  Jika kita masih ingat tak lama selepas keputusan PRU13 diumumkan, Mahathir menyalahkan Datuk Sri Najib Tun Razak kerana melebihkan kaum cina sedangkan kaum itu tidak menyokong BN dalam PRU13.

Hakikatnya, Mahathir tidak ada masalah pun dengan Najib lebihkan cina sebab selama dia memerintah dulu pun, duit dari tokey-tokey cina itulah yang digunakannya untuk menghadapi 5 pilihanraya umum pun.

Isu kroni-kroni zaman Mahathir dulu tu, pasal inilah.

Yang dia marah Najib bantu kaum cina tu apahal?  Oh, itu lakonan saja sebab Mahathir takut Najib dedahkan rahsia yang campur tangan dia dalam soal pemilihan calon PRU13lah yang menjadi punca kepada BN kekurangan 7 kerusi parlimen (tapi merampas satu negeri) berbanding 2008.

Mahathir nak tunjuk dia lebih Melayu dari Najib, sebab itu cakap macam itu. Mahathir sebenarnya lebih rapat dengan tauke tauke cina dari Melayu pun.

Perkara ini terbukti sekarang bila dalam satu majlis di Perak kelmarin, Mahathir yang siap bertanjak apa bagai, menerima sumbangan sebanyak RM 200,000 dari seorang taukeh cina untuk menjatuhkan kerajaan BN dalam PRU14 yang akan datang.

Tak pasti pulak wang itu masuk akaun parti bunga atau masuk poket Mahathir sebab tak pulak ditunjukkan cek itu bayar kepada siapa.  Tapi isunya sekarang ialah Mahathir juga melebihkan cina (dengan menerima sumbangan dari kaum tersebut) walaupun dulu dia marah Najib buat begitu.
Dah bagi duit, mestilah ada balasan kan?  Ia adalah Mahathir juga yang ke sana ke mari berceramah mempertikaikan duit yang Najib terima dari penderma Arab, konon orang bagi duit mesti ada sebab, yang dia dapat duit, takde sebab?


Mahathir, biasalah.  Apa yang dia marah orang, itulah sebenarnya yang dia suka buat.

No comments:

Post a Comment