Friday, February 16, 2018

Tak Malukah Mahathir Meminta Dari Rakyat Yang 'Sengsara'?


Semua orang tahu Mahathir asalnya bukanlah seorang yang berketurunan jutawan.  Bapanya hanyalah cikgu sekolah biasa yang diberi gelaran 'Master' - panggilan sesuai zaman itu untuk pengetua, bukan menggambarkan taukeh emas atau apa.

Hanya setelah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun barulah Mahathir bergelar jutawan.  Bukan dia saja, anak-anak juga terutama setelah Bank Negara hilang wang RM 32 billion dalam skandal Forex antara 1989-1992.

Setelah mengharamkan UMNO lama dan menubuhkan UMNO baru, harta UMNO diletak dibawah proksi yang hamya dikawal Mahathir.  Bila Paklah menjadi Presiden UMNO, Mahathir menyerahkan lebih kurang RM 1.4 billion harta UMNO kepadanya melalui 2 pegawai penyerah iaitu Nor Mohamed Yaakob dan Noordin Bachik.


Kenapa RM 1.4 blllion ini tidak dimasukkan ke dalam akaun UMNO sehingga perlu diserah melalui tangan, kita tidak tahu tapi isunya disini adakah itu saja harta UMNO yang Mahathir serahkan semula, kan ada lebih banyak lagi?

Apa pun kesimpulannya, dengan semua ini Mahathir masih lagi meminta derma dari rakyat Malaysia - yang hari-hari dituduhnya hidup sengsara dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menampung belanja pilihanraya PPBM.  Punya harta yang banyak dan meminta dari rakyat yang kononnya sengsara, adalah dua perkara bertentangan yang Mahathir lakukan pada masa yang sama.

1 comment:

  1. Kepada yang nak buat pahala dipersilakan untuk menderma dengan seikhlas hati. Nampak sangat parti PPBM ni papa sangat.

    Parti yang papa tetapi bukan barisan pemimpinnnya. Itu kena ingat baik-baik.

    ReplyDelete