Monday, January 29, 2018

Kasihan Lihat Pengiran Awang Mukhriz Cabut Lari


Selama ini, penyokong Pakatan dimomokkan dengan persepsi bahawa Mukhriz ini adalah seorang yang berani.  Masa dalam UMNO dia berani lawan Presiden parti, masa jadi MB dia berani lawan Perdana Menteri dan paling penting, dia tidak takutkan bini.

Berani dia meninggalkan bini di Kuala Lumpur, sementara dia seorang diri bertugas di Kedah.  Hujung minggu baru balik atau orang Kedah datang ke KL untuk bermesyuarat dan sebagainya, termasuk mesyuarat Exco.

Kira beranilah tu, bukan semua orang pada kedudukan itu boleh buat.

Pergi luar negeri pun Mukhriz seorang yang berani juga.  Dia berani tak mengaku rakyat Malaysia sebab malu dan berani mengaku rakyat negara lain yang belum tentu menerima orang dengan gaya hidup sepertinya.


Rupanya itu hanya khayalan saja.


Bila Pakatan bergaduh sesama sendiri di Negeri Sembilan semalam, Mukhriz difahamkan antara yang awal cabut lari.  Patutnya dia bersama penyokong-penyokong partinya menentang keputusan menetapkan hanya 6 kerusi DUN di Negeri Sembilan dalam PRU14 akan datang.

Ini tidak, diam-diam dia hilang!!  Berani sangatlah tu.

No comments:

Post a Comment