Tamat konvensyen Pakatan semalam, rakyat perlu tahu bahawa Mahathir adalah individu bekas UMNO ketiga yang dinamakan sebagai calon Perdana Menteri pakatan pembangkang sejak 1990.
Pembangkang, masing-masing tidak ada calon sendiri untuk dijadikan Perdana Menteri, mesti nak dari UMNO jugak walaupun umur dah dekat 100 tahun - macam Mahathir.
Justeru, UMNO perlu terus kekal, selain unutk meneruskan perjuangannya selama ini, juga untuk membantu menyediakan calon Perdana Menteri bagi pemhangkang. Pembangkang mungkin terer segala macam tapi dalam hal menyediakan calon Perdana Menteri, dia masih perlukan UMNO.
Calon sajalah, jadinya tak pernah.
Orang UMNO mungkin segala buruk masa dalam parti tetapi bila dia keluar parti dan menyokong pembangkang, maka dialah segala wangi sehingga diangkat menjadi calon Perdana Menteri oleh pembangkang.
Habisa semua veteran asal Pakatan pergi ke tepi.
Yang dok kata UMNO macam-macam ni, bukan betul apa yang dicakapkan itu pun. Politik saja, hakikatnya kalau orang itu keluar UMNO dan sokong pembangkang, dia jadi malaikat masa itu juga.
No comments:
Post a Comment