Friday, January 12, 2018

Bukan Farid Saja, Semua Artis Sokong Mahathir Juga Bermasalah, Terutama Dengan Dadah?


Kita masih ingat, pada era 80-an dan 90-an - ketika Mahathir masih Perdana Menteri, soalan lazim yang biasa ditanya kepada setiap artis dalam temuramah ialah "Siapa pemimpin idola anda?"

Nak nak kalau yang temuramah itu majalah hiburan milik syarikat UMNO seperti Utusan.

Difahamkan, tujuan soalan itu ditanya adalah untuk melihat sama ada artis berkenaan cenderung kepada kerajaan atau pembangkang.  Jadi, "masa depan" artis berkenaan akan ditentukan berdasarkan jawapan tersebut.

Kalau jawapannya Mahathir, maka dia akan mendapat tawaran dari RTM dan TV3 sekerap yang mungkin, jika dia penyanyi, lagunya juga akan selalu dimainkan di radio milik kerajaan.

Tak hairan pada waktu itu, hampir semua artis memberikan jawapannya Mahathir, boleh selak majalah hiburan lama kalau tidak percaya.


Sekarang ada artis yang cuba menjadi hero mendakwa 300 artis meminjam ah long kerana tidak ada kerja - seolahnya tugas kerajaan menyediakan kerja untuk artis.  Jika semua masih ingat, ramai artis jatuh dan terpaksa memilih kerjaya lain bila krisis ekonomi 1997 melanda.

Ramai terpaksa membuka kedai makan dan pentadbiran Mahathir waktu itu tidak melakukan satu apa pun untuk membantu golongan artis ini.

No comments:

Post a Comment