Monday, January 22, 2018

Mahathir Bertanding Di Langkawi Atau Kuala Kedah?



Ramai percaya Mahathir sengaja mahu mengalihkan perhatian BN dengan mendakwa akan bertanding di Langkawi bila hakikat sebenarnya dia laki bini berdaftar sebagai pengundi di Kuala Kedah.

Peluang Mahathir lebih cerah di Kuala Kedah kerana kawasan itu dikategorikan sebagai kawasan hitam BN.  

Mahathir mungkin agak sukar untuk menang di Langkawi kerana parlimen Langkawi turut melibatkan pulau Tuba yang baru beberapa beberapa tahun lepas sahaja menerima bekalan elektrik sepenuhnya.


22 tahun Mahathir memerintah, rupanya masih ada pulau di sekitar Langkawi yang tidak menerima bekalan elektrik pun lagi. Zaman Najib ini jugaklah masalah itu berjaya diselesaikan.

Tapi Mahathir belum boleh berasa selesa kerana PKR yang mewakili kerusi tersebut sekarang, tidak mungkin memberi laluan mudah kepadanya untuk bertanding.

No comments:

Post a Comment