Wednesday, January 17, 2018

Kalau Pribumi Minta Duit, Bukan Beri Duit Pada Ahli, Kenapa Anak-Anak Mahathir Jual Saham?


Difahamkan 2 anak-anak Mahathir yang diketahui kaya raya sejak Mahathir jadi Perdana Menteri lagi, telah menjual saham dalam syarikat masing-masing baru-baru ini dipercayai sebagai usaha untuk mendapatkan dana pilihanraya.

Walaupun begitu, setelah menjual saham begitu banyak, keduanya masih lagi pemegang majoriti saham terbesar dalam syarikat-syarikat terbabit.

Itu yang tahu, yang tak tahu entahlah sebab kita tahu semua anak-anak Mahathir bergelar jutawan.

Tapi ini menunjukkan bahawa parti Mahathir bukanlah seperti yang dikatakan oleh seorang pemimpin parti itu dari Pulau Pinang baru-baru ini yang mendakwa Pribumi adalah parti yang meminta duit dari ahlinya, bukan memberi duit kepada ahlinya, macam UMNO.

Kalau ahli Pribumi yang tak seberapa itu menggadaikan semua milik mereka kepada parti, tidaklah anak anak jutawan Mahathir menjualkan saham masing-masing untuk menghadapi PRU14 yang bakal datang ye tak?

No comments:

Post a Comment