Anwar semasa di dekati wartawan di luar bangunan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, mengumumkan menarik balik sokongan terhadap Deklarasi Rakyat, termasuk menyifatkan gerakan itu hanya disokong oleh golongan-golongan elit.
Kenyataan ini menjawab semua persoalan sama ada Anwar menyokong gerakan ini tidak dan sokongan yang konon diberikan Anwar sebelum ini sebenarnya hanyalah satu umpan untuk menarik sokongan pengikutnya oleh Mahathir.
Tidak lebih dari itu.
Jadi apakah rupanya gerakan ini tanpa sokongan Anwar? Adakah pimpinan PKR seperti Azmin dan Rafizi yang tidak pernah gagal menghadiri beberapa siri himpunan gerakan tersebut, masih memberikan sokongan atau tidak?
Jika Azmin dan Rafizi masih memberikan sokongan, bermaksud mereka membelakangkan Anwar, jika mereka tidak memberikan sokongan, Mahathir akan tinggal bersendirian.
Apa pun, gerakan ini bakal tumbang sebelum sempat matang.
No comments:
Post a Comment