Muhyiddin mungkin ada perancangan sendiri kenapa dia memilih untuk kekal dalam UMNO takala Mahathir keluar dari UMNO. Apa pun perancangan itu, penulis tak rasa ia baik untuk parti tapi sememangnya berbanding Mahathir, Muhyiddin bukan ancaman yang perlu dipandang serius.
Walaupun begitu, mengenepikan begitu saja ancaman yang mungkin dicetuskan Muhyiddin, adalah satu kesilapan juga kerana banyak benda tak baik yang Muhyiddin boleh lakukan atas kapasitinya sebagai ahli UMNO.
Buat permulaan, Muhyiddin sudah dedah bahawa dia akan bawa perihal penggantungannya sebagai Timbalan Presiden UMNO ke pengetahuan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Muhyiddin bagaimanapun, langsung tidak mengulas dimanakah kesilapannya keputsan menggantung tugas sebagai Timbalan Presiden itu?
Tak tahulah kalau Muhyiddin anggap dia kesana ke mari mengutuk Datuk Seri Najib sejak dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri sebagai membantu tugas Presiden!!
Sebaliknya nak mengadu kepada RoS pulak yang diutamakannya dulu, sebab itu penulis kata ada benda yang tak kena sekarang ni dan kepimpinan parti perlu melihat dengan dekat perkembangan ini, susah-susah, buang sajalah.
No comments:
Post a Comment