Wednesday, March 16, 2016

Deklarasi Mahathir-Kit Siang: Haru Biru Dah Jadi Celaru


Untuk seorang yang kononnya hebat dan ada cara tersendiri (MyWay), dituduh menggunakan skrip orang (bahasa lain jadi alat orang lain) dalam gerakan yang dia ketuai dan lancarkan sendiri, memang satu keadaan yang amat memalukan.

Rakyat dok ingat gerakan itu gerakan dia, dialah kepalanya, apa sekali rupanya hanya ikut telunjuk orang lain - dia tukang baca saja.  Come on lah, cakap bukan main gah nak jatuh Perdana Menteri, rupanya hanya ikut skrip, yang puak Anwar sediakan pulak tu.

Sekarang kita tahulah kenapa pembangkang beria-ia.  Deklarasi Mahathir-Kit Siang ini memang agenda mereka, bukan agenda Mahathir.  Mahathir tidak ada kemampuan untuk jatuhkan Perdana Menteri, macam-macam cara dia guna dah, semua gagal, Najib (Datuk Seri) lebih bijak dari dia, taknak mengaku saja.

Ikutan, lebih baik lagi kalau Mahathir melawan Najib dari dalam UMNO, itu lebih berkesan kerana musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, adalah 100 kali bahaya dari musuh luar selimut tapi pasal ikut sangat emosi, tak pasal kena tipu hidup-hidup dengan pembangkang.


Yang untungnya Najib, tak pasal orang sayang.

Penulis sebenarnya lebih cenderung yang Sotong kering tu menipu sebab nak cover kerjasama yang serba tak kena ini, tak jadi kalau tak menipu.  Tapi selagi Mahathir tak saman, kita anggap apa yang dikatakan itu betullah.  Mahathir kan macam itu sekarang, kalau saman maksudnya (tuduhan) salah, kalau tak saman maksudnya (yang dituduh itu) betul.

No comments:

Post a Comment