Friday, March 11, 2016

Berhenti Sebelum Kenyang, Mahathir Derhaka Mak Sendiri



"Mak saya pernah berpesan kepada saya, jika sedang enak menikmati sesuatu makanan, berhentilah segera. Ia memang sesuatu yang susah, tapi saya telah melatih diri saya untuk berhenti ketika sedang menikmati makanan."
Kenyataan di atas, keluar dari mulut Mahathir bila dia ditanya wartawan tentang perletakkan jawatannya pada tahun 2003.

Bunyi macam anak yang baiklah dengar cakap mak, macam orang yang tidak gilakan kuasa untuk diri sendiri dan keluarga dan sebagainya.

Ada yang terlebih emosi, mengangkat kata-kata di atas sebagai bukti kebijaksanaan, kemahsyuran Mahathir sebagai manusia dan pemimpin politik.

Rupanya pura pura saja semua tu.  Rasmi saja letak jawatan tapi sebenarnya masih main peranan sebagai 'Perdana Menteri' di belakang.

Jadi selamatlah dikatakan disini bahawa Mahathir ini bukan saja anak yang derhaka tapi dia juga macam hantu raya - makan dahlah tak pernah berhenti, kacau orang pulak lagi.

Dah bersara pun masih nak mencatur siapa patut jadi Perdana Menteri, kata hari tu berhenti dah, berehatlah, yang pergi kacau orang nak buat kerja tu kenapa?

15 juta pengundi dah pilih dah siapa jadi wakil rakyat, wakil rakyat pilih dah siapa jadi Perdana Menteri tapi dia nak guna 58 orang jugak untuk jatuhkan Perdana Menteri, ,memang besar punya sial dia ni.

Jangan esok betul betul jadi hantu raya sudahlah.

No comments:

Post a Comment