Thursday, March 24, 2016

Mohon PM Saman Mahathir RM 42 Billion


Saman yang difailkan Mahathir terhadap Perdana Menteri semalam, pada pandangan ramai, adalah bersifat remeh dan menghina Mahkamah.

Dari segi angka itupun sudah salah kerana berdasarkan siasatan SPRM yang disahkan Peguam Negara, derma yang diterima Perdana Menteri pada tahun 2013 itu adalah berjumlah RM 2.08 billion dan telah dipulangkan semula RM 2.03 billion.

Kemasukan wang itu ke dalam negara ini adalah dengan pengetahuan Bank Negara dan mengikut semua prosedur yang ditetapkan.

Wang itu juga bukan dari 1MDB, sebaliknya penderma Arab Saudi.  Salah fakta, fitnah pulak lagi, ada hati nak saman konon.

Dah jadi macam Anwar pulak dah asal saman beratus juta tapi kok menang sekalipun, dapatnya tak 0.5% dari itu pun.  

Rasanya tak salah kalau Perdana Menteri menyaman balas Mahathir sebanyak RM 42 billion sebab si tua itu pernah menuduh beliau dan 1MDB melesapkan wang rakyat RM 42 Billion.  Satu lagi saman yang hampir sama juga boleh difailkan tapi nilainya RM 27 billion.

Biarkan dia rasa macam mana kena layan macam orang bodoh, nak sangat tunjuk bodoh, ambil lah sangat.

No comments:

Post a Comment