Tindakan Mahathir menyeret Tengku Razaleigh Hamzah (Kuli) dalam usaha gagalnya untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, dilihat satu tindakan terdesak yang hanya bertujuan untuk mengalih perhatian awam dari pesalah yang sebenarnya - dia sendiri.
Konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri ini adalah satu tindakan besar, membabitkan ramai orang, setakat Kuli satu orang bagi cadangan agar diadakan undi tidak percaya di Parlimen (untuk menjatuhkan Najib), apa yang menjadikan beliau lebih jahat dari Mahathir - kepala konsprisasi?
Lagipun, mengadakan undi tidak percaya di Parlimen untuk menjatuhkan Perdana Menteri adalah satu perkara yang dalam pengetahuan awam, ia bukan satu yang rahsia atau luar biasa kerana telah disebut dalam perlembagaan negara sejak sekian lama.
Mahathir sendiri pun tahu yang undi tidak percaya boleh menjatuhkan Perdana Menteri, jadi kenapa Kuli saja mesti dilihat bersalah yang dia tidak?
Secara peribadi, penulis tidak salahkan Kuli kerana pada peringkat awal mungkin beliau termakan dengan dakwaan palsu Mahathir konon RM 42 billion ini hilang, tapi setelah pembohongan ini terbukti palsu, hanya bodoh dan gila saja tinggal menyokongnya.
Kuli bukanlah salah seorang yang masuk dalam kelompok itu, tak hairan kenapa beliau berubah pendirian.
No comments:
Post a Comment