Melainkan geran tanah dan bangunan yang menempatkan Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya itu sudah ditukar nama kepada Mahathir, dia perlu mengosokongkan bangunan tersebut seawalnya Isnin nanti.
Yayasan itu sepatutnya menempatkan kesemua bekas Perdana Menteri Malaysia yang masih hidup tapi sejak mula didirikan sampai sekarang, Mahathir dah jadikan tempat itu macam harta pusaka mak ayahnya sendiri.
Tak boleh macam itu, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi (Paklah) juga patut diberi peluang yang sama untuk menjalankan kerja-kerja beliau di bangunan itu kerana beliau juga ada hak yang serupa.
Kalau dah Mahathir buat macam harta bendanya sendiri, macam mana Paklah nak masuk ya tak?
Masalah ke nak kosong? Masalah apa pulak, fund Mahathir hampir tidak ada batas, penyokong saja berjuta juta katanya sekalipun dah lama letak jawatan, apa nak bergantung kepada bangunan milik kerajaan jugak?
Justeru, dengan kedudukan Mahathir yang sekarang bersama pembangkang, maka sepatutnyalah Paklah yang mendiami bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana itu, Mahathir keluarlah, cari pejabat lain di Tropicana ke, bangunan DAP mana-mana, itu lebih sesuai.
No comments:
Post a Comment