Tuesday, March 22, 2016

Seleweng RM 100 juta: Bercutilah Menteri!!


Kes rasuah membabitkan seorang pegawai kanan kerajaan di Kementerian Belia & Sukan sehingga RM 100 juta wang rakyat lepas, membuka persoalan bagaimana jumlah wang yang besar ini boleh mengalir keluar tanpa disedari sesiapa - termasuk oleh Menterinya.

Jika RM 100 yang keluar dan Menteri tak sedar, kita boleh faham, masalahnya RM 100 juta!!  Tak hairan kenapa banyak cadangan dari pelbagai pihak agar Menteri yang berkenaan bercuti sehingga penyiasatan selesai.

Bila disebut pasal bercuti ini mulalah pemakan dedaknya berkokok mengaitkan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga diminta bercuti bila dana RM 2.6 billion memuncak.

Sedangkan yang mereka tak sedar dana RM 2.6 billion itu tidak ada kaitan langsung dengan wang rakyat.

Derma atau pelaburan dari Arab Saudi, mana-mana satu pun ia membuktikan dana itu bukan wang dari rakyat Malaysia.  Sedangkan penyelewengan RM 100 juta ini memang 100% wang rakyat.

Jadi seharusnya atas nama intergriti dan kredebiliti, Menteri yang berkenaan mengambil tanggungjawab dengan bercuti buat sementara waktu.

No comments:

Post a Comment