Friday, April 1, 2016

Bilik Di Perkim & Yayasan Kepimpinan Perdana Bila Nak Kosong?


Mahathir semalam melepaskan hampir kesemua jawatan dalam beberapa agensi kerajan/bukan kerajaan yang dipegangnya.  Antara lain di LADA, Proton (bukan kerajaan), TIDA dan sebagainya - termasuk jawatan Canselor Universiti Petronas.

Baguslah, tapi belum cukup.

Ikut carian di Internet, Mahathir masih lagi pegang jawatan Yang Dipertua Perkim dan mendiami pejabat di Yayasan Kepimpinan Perdana.  Bila nak lepas semua jawatan tu?

Sebut pasal Yayasan Kepimpinan Perdana ni dah beberapa lama sebelum ini kita persoal kenapa Mahathir masih berada disitu - melainkan geran tanah dan hak milik bangunan itu sudah ditukar kepada nama Mahathir, sepatutnya dia sudah berambus.


Tapi belum lagi.  Malah dalam kes Yayasan Kepimpinan Perdana, ia sudah menjadi seoalah-olah pusat kepada gerakan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan ia tak sepatutnya berlaku kerana itu adalah bangunan kerajaan.

Nak jatuh ketua kerajaan buat di tempat lain, jangan buat di bangunan milik kerajaan.

No comments:

Post a Comment