Pengarah filem terbaru Hollywood, Independence Day 2: Resurgence, Roland Emmerich dikesan memasukkan satu babak dalam filem tersebut dimana bangunan kebanggaan Mahathir, KLCC dimusnahkan dalam satu serangan oleh makhluk asing.
Muncul pulak babak itu dalam tengah-tengah Mahathir bersengketa dengan Najib, pasti perkara itu akan jadi isu kerana kita semua tahu salah seorang anak tiri Najib, Riza Aziz adalah juga seorang penerbit filem yang berjaya di Hollywood.
Sudah pasti Mahathir yang tidak berapa nak betul kepalanya akan mengaitkan babak ini sebagai cubaan untuk Najib menjatuhkan maruahnya secara tersirat. Anak tiri Najib akan dituduh sebagai dalang melihat kepada hubungannya dengan komuniti perfileman di Hollywood.
Jadi sebelum dia jadikan itu sebagai isu, kita nak jelaskan awal-awal ni bahawa Najib tidak ada masa dan pengaruh untuk membuat itu semua.
Nak buat CGI macam itu bukan murah, dan apakah membazirnya membelanjakan wang yang semacam itu dengan banyak semata-mata untuk memalukan Mahathir? Buat benda lain yang berfaedah lagi baik.
Tapi kalau Mahathir jadikan isu juga, rakyat perlu ingat bahawa itu adalah sebahagian dari perangai orang yang dah tak berapa lama hidupnya, pedulikanlah ya.
No comments:
Post a Comment