Monday, April 4, 2016

Mahathir Bukan Tarikan Demonstrasi


Pembangkang silap kalau menyangka batang tubuh Mahathir mampu menarik ramai orang datang menyertai demonstrasi yang dikepalainya.  Sebagai orang yang biasa menghancurkan demonstrasi pada waktu jadi Perdana Menteri, Mahathir bukanlah 'star' dalam apa-apa demonstrasi.

Anwar tu lain, demonstrasi dengan dia macam irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan - beza dengan Mahathir.

Sudah 2 demonstrasi yang diadakan setakat ini dimana Mahathir datang tapi tak mampu menjana sambutan besar-besaran yang diharapkan.  Manakan tidak, bila sebut nama Mahathir, ingat FRU, macam mana orang nak datang, terutama generasi pendemo 1998 ke atas.

Agak kesian melihat Mahathir, pada umurnya sekarang, terhegeh-hegeh datang menyertai demonstrasi yang dulu dia antikan sangat serta arah polis untuk ambil tindakan sekeras mungkin kepada siapa yang mengadakannya.

Orang yang datang berdemo pun lari balik bila nampak Mahathir, tinggal budak-budak muda yang tak sedar sangat bagaimana cara Mahathir melayan orang yang berdemo ini dulu.  Ketika di zamannya, Malaysia adalah satu-satu negara dimana pendemo ditangkap dibawah Akta yang diwujud khas untuk membenteras keganasan.

Mungkin kalau mereka lebih mengaji, mereka akan sedar kenapa Wan Azizah dan anak-anaknya cabut sebelum Mahathir sampai.


No comments:

Post a Comment