Angka RM 13.8 billion yang dibelanjakan rakyat Malaysia untuk Proton sejak 1983, terbukti satu pelaburan yang sia-sia apabila diakhirnya rakyat masih perlu membeli kereta pada harga semasa tanpa ada sedikit pengurangan pun.
Tapi itu isunya lain, isunya sekarang kegagalan Proton menjadi satu entiti yang menguntungkan rakyat dan kerajaan setelah sekian lama, membuktikan campur tangan Mahathir tidak membawa apa-apa melainkan kegagalan sahaja.
Kita percaya kalau rancangan Mahathir melantik seorang Perdana Menteri remotenya menjadi kenyataan, masalah sama akan turut berlaku cuma mangsanya kali ini adalah rakyat - bukan setakat 60 ribu pekerja Proton dan vendor-vendornya sahaja seperti sekarang.
Maka itu tindakan rakyat tidak bersama-sama dengan Mahathir seperti yang ditonjolkan dalam perhimpunan bantah GST Sabtu lepas, adalah satu tindakan yang betul. Persepsi Mahathir adalah punca kepada semua masalah yang berlaku di Malaysia, sebenarnya betul.
Dia memang punca masalah negara kita, sebab itu bila dia takde, semuanya jadi baik. Buktinya, hari ini umum sokong pembangkang, esok ringgit naik, hari ini umum lepas jawatan Pengerusi Proton, saham Proton naik dan seterusnya.
Senarainya terlalu panjang nak ditulis disini.
No comments:
Post a Comment