Thursday, April 28, 2016

Najib Cukup Berpengaruh Di Sarawak, Siapa Bilang Takde Orang Sokong?


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turun berkempen di DUN Batu Kawah semalam.  Kawasan itu adalah kawasan DAP yang dimenangi mereka dengan majoriti tipis (lebih kurang kurang 500 undi) pada tahun 2011.

Buat kali ketiga Presiden SUPP, Datuk Dr. Sim Kui Hian akan sekali lagi cuba menawan kawasan tersebut dari tangan DAP.

Tapi itu bukan topik penceritaan hari ini, ia adalah tentang sambutan hangat penduduk Batu Kawah terhadap kedatangan Najib ke kawasan itu malam tadi.

Dikhabarkan lebih 3,000 orang hadir menyambut kedatangan dan memdengar sendiri amanat yang disampaikan Perdana Menteri kepada pengundi - majoriti kaum cina di kawasan tersebut.

Walaupun pelbagai dakwaan boleh dibuat atas sambutan yang sangat membanggakan ini (memandangkan kawasan ini adalah majoriti cina), tapi yang penting sekali ialah ia menunjukkan Najib masih mempunyai pengaruh dan aura yang kuat, walaupun di kerusi pembangkang.


Mahathir ada?

Kalau Mahathir ada, dah lama dia turun berkempen di Sarawak.  Dah hampir satu minggu sejak kempen bermula, bayang Mahathir pun tak nampak.

Takde sokonganlah tu, malulah pulak kalau orang sambut Najib lebih ramai dari orang sambut dia ye tak?

No comments:

Post a Comment