Thursday, April 14, 2016

Mahathir Tunjuk Benci Tapi Sebetulnya Beridolakan Kuan Yew


Umum tahu sepanjang menjadi Perdana Menteri, Mahathir sentiasa mahu dilihat berseteru dengan mendiang Lee Kuan Yew.  Mendiang buat macam ini, dia nak buat macam itu, tapi 6 tahun lepas mendiang bersara Singapura jadi negara maju sedangkan Malaysia dibawah Mahathir, masih macam itu juga.  

Kewujudan Proton dan Perodua - 2 syarikat pengeluar kereta dalam sebuah negara kecik yang diharap melonjakkan status Malaysia sebagai negara maju, tak jadi apa juga.

Sekarang inilah, bawah Najib baru nak ada elok sikit.

Tapi asasnya itulah, Mahathir sepanjang jadi Perdana Menteri sentiasa nak dilihat bersaing dengan mendiang sedangkan hakikatnya Mahathir beridolakan mendiang, terutama dari segi nak mewariskan kerajaan ini kepada anak.

Sampaikan Najib seolah-olah berhutang dengan Mahathir pulak nak kena wariskan kerajaan kepada anak dia.  Mana ada law macam itu nak waris-waris?  Apa yang patut dibuat, dibuatlah.  Ada hieraki dalam parti, ada hieraki dalam kabinet, ikut semua ni, bukan naik macam roket.

Ia adalah salah Mahathir juga yang tidak menamakan anaknya sebagai bakal Perdana Menteri dulu.  Mendiang Lee ni dia berterus terang, nak anak dia ganti tempat.  Untuk memastikan pelan peralihan tu berjalan, mendiang pegang jawatan dalam kabinet Singapura, sebagai Menteri Senior, sebagai Menteri Mentor.

Mahathir tak macam itupun, masa lepas jawatan, seoalah lepas habis dah, taknak campur tangan lagi, tapi diam-diam di belakang, dia nak jadi pencatur pulak.

Inilah Mahathir.

No comments:

Post a Comment