Siasatan DoJ mengenai dana berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat adalah lanjutan dari laporan yang dibuat sendiri oleh operatif-operatif Mahathir, Khairudin dan Mathias.
Laporan mendakwa US dijadikan tempat melaburkan wang haram, memanglah DoJ ambil serius. Keseriusan inilah yang menjadi kecoh di negara kita seolah-olah dakwaan itu benar-benar berlaku.
Tapi diakhirnya, tidak ada apa yang berlaku sehingga sekarang. Saman yang kononnya telah difailkan, masih tidak ada tarikh perbicaraan dan diakhirnya kes itu dibekukan - konon untuk menantikan siasatan selanjutnya.
Siasatan apa lagi, bukan kata dah siasat semua ke? Sebetulnya tidak ada benda yang nak disiasat sebab laporan itu semua bohong, guna dokumen antara lain yang dicuri dari Petro Saudi dan kemudian diubahsuai.
Najib, menggunakan peluang melawat Amerika Syarikat sekarang untuk menjelaskan sendiri kepada kepala-kepala industri Amerika bahawa semua itu hanyalah fitnah. Hakikatnya tidak ada skandal melainkan yang dicipta Mahathir untuk menjejaskan ekonomi Malaysia.
Duit Mahathir berbilion di luar negara dan Najib tidak membenarkan ianya dibawa masuk, dan kerana itulah semua ini berlaku - sebab duit Mahathir, bukan sebab rakyat.
No comments:
Post a Comment