Friday, September 8, 2017

Mahathir Sendiri Belum Rasa Selamat


Para penyembah Mahathir berkokok bila Tan Sri Nor Mohamed Yaakob memberi kenyataan bertanggungjawab atas kerugian RM 32 billion wang rakyat dalam perjudian Forex antara 1989-1993.

Kononnya nama Mahathir sudah dibersihkan dan beliau tidak terlibat.

Tapi dalam masa yang sama, Mahathir sendiri tak merasa yang dia sudah diselamatkan dengan kenyataan Nor Mohamad Yaakob itu.  Perkara ini dibuktikan bila Mahathir datang untuk mendengar sendiri apa yang Anwar katakan dalam prosiding  berkenaan.


Kalau dah selamat, nak buat apa sibuk-sibuk lagi ye tak?


Nampak sangat pendapat para penyembahnya itu (konon dia sudah selamat), tidak berbekas di hati Mahathir, dia tahu apa sebenarnya yang terjadi dan dia tahu dia jauh dari untuk berasa selamat dalam perkara ini.

Jika bahagian lesap kita sudah tahu dengan pengakuan Nor Mohamad, bahagian siapa suruh senyap, itu yang akan menjadi persoalan sebelum ini kerana kabinet dan parlimen hanya dimaklumkan lebih RM 5 billion saja yang hilang, sedangkan jumlah sebenarnya ialah RM 32 billion!!

Mana mau lari Mahathir?

No comments:

Post a Comment