Friday, September 22, 2017

Hasil Lawatan Mahathir Ke USA 1984, Tentera Dapat 'Keranda Terbang'


Mahathir sekarang sudah macam budak-budak.  Najib dapat sambutan meriah dari Rumah Putih, dia pun nak kata masa dia lawat Rumah Putih dulu, sambutannya lebih meriah lagi.

Bukan sedikit punya dulu, 1984 - 33 tahun lepas dan Mahathir cukup ingat segala perinciannya, termasuk kereta dan pesawat yang dia ada guna.  Bab RM 32.5 billion lesap pulak Mahathir dakwa tak tahu segalanya - tapi ini cerita lainlah.

Kenapa Mahathir perlu mengulang sejauh 33 tahun?  Sebab lawatan terakhir Mahathir ke Rumah Putih pada tahun 2002, tidak mendatangkan sebarang hasil melainkan menghabiskann duit rakyat berjuta-juta ringgit untuk membayar pelobi.

Itulah dikatakan, Mahathir ikut untung dia.  Kalau takda untung, benda lepas semua jadi cerita lama, ada untung, 33 tahun punya cerita pun macam berlaku semalam.

Diringkaskan, sementara Mahathir mengatakan lawatan Najib ke USA baru-baru ini berbentuk rasuah kerana ada perjanjian beli pesawat Boeing untuk MAS, dia terlupa lawatan 1984 tu kalau diperincikan adalah sebenarnya rasuah - yang turut memberi kesan kepada nyawa juruterbang tentera kita.

Lawatan itu membawa kepada memuktamadkan perjanjian beli 88 pesawat pejuang terpakai Skyhawk untuk TUDM.  Hampir separuh dibaik pulih dan bakinya ditinggal di Padang Pasir Arizona konon sebagai sumber alat ganti.

Dari separuh yang dibawa balik itupun, banyak yang jatuh ke bawah sehingga mengorbankan juruterbang pejuang negara.  Menariknya, untuk semua kemalangan ini, Mahathir menyalahkan TUDM termasuk juruterbamg dan juruteknik mereka, hakikatnya jet itu memang sudah tidak layak untuk diterbangkan sehingga digelar keranda terbang.

Justeru, bandingkanlah 'pencapaian' lawatan Mahathir tahun 1984 ini dengan Najib sekarang.  Macam langit dengan bumi!!

No comments:

Post a Comment