Monday, September 11, 2017

Najib Ditangkap FBI? Pembohongan Mahathir Terus Terbongkar


Mahathir adalah seorang penipu.  Dia didakwa menipu keturunan bapanya, dia disahkan menipu punca sebenar kegawatan ekonomi 1997, berdasar fakta RCI dia menipu kerugian sebenar skandal Forex 89-94 dan pelbagai penipuan lagi didakwa dilakukan demi untuk menyelamatkan dirinya.

Mahathir juga terang-terang menipu tentang 'skandal' 1MDB.  Selepas siasaran rasmi selesai, tidak ada skandal, tidak ada wang yang hilang di udara nipis dan siasatan yang dilancarkan oleh beberapa negara ke atas syarikat tersebut adalah kerana Mahathir menghantar orangnya sendiri membuat laporan ke atas 1MDB di 7 negara asing.

Bila siasatan dilancarkan semua negara terbabit, Mahathir menuduh 1MDB telah mencemarkan nama negara walhal dia yang memalukan negara dengan menghantar orang sendiri membuat laporan agar 1MDB disiasat.  Diakhirnya, tiada satu pun yang melekat, setelah siasatan dijalankan, 1MDB tidak didakwa dimana-mana Mahkamah dalam dunia.

Mahathir sanggup melihat nama Malaysia tercemar kerana kesumatnya nak menjatuhkan Najib tak dapat.  Inilah Mahathir, ramai yang melihatnya sebagai manusia bertopengkan syaitan, celaka dan segala gelaran buruk yang boleh diberikan kepada manusia adalah dia.

Hari ini, Mahathir menipu lagi.  Dakwaan konon Datuk Sri Najib Tun Razak akan ditangkap jika menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat terbukti palsu.  Najib selamat mendarat di Washington dan diberikan sambutan rasmi selayaknya untuk kenamaan lain yang menjadi tetamu jemputan Presiden negara itu.

Mana Mahathir mahu letak muka?  Dia boleh rancang, dia boleh komplot, dia boleh konspirasi tapi Mahathir lupa satu perkara, dia bukan Tuhan.  Perancangan Tuhan lebih tinggi dari Mahathir dan dia sekarang sedang dibayar cash atas semua kejahatannya.  Itu yang satu-satu pembohongan terbongkar.

Oh ya, Mahathir, pelindung dan pengikut tegar Kasim Ahmad yang pernah digelar anti hadis, percayakah dia pada perancangan Tuhan?

No comments:

Post a Comment