Mahathir diperangkap oleh penyokongnya yang tolol. Semalam gambar Mahathir menunggang kuda baka mahal dan memandu kenderaan mewah, menjadi troll di kalangan netizen. Cubaan nak mendewakan Mahathir, bertukar jadi sesi cakap tak serupa bikin.
Untuk membaiki kerosakan itu, hari ini gambar Mahathir menjadi seolah rakyat marhaen dengan menaiki MRT pula disebarkan. Konon untuk merasai 'penderitaan' rakyat marhaen. Tak payah cakap pun tau.
Persoalannya, kenapa naik MRT untuk merasa penderitaan rakyat marhaen? Tidakkah Mahathir sedar bahawa MRT yang dibina hasil visi Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah lebih luas dan selesa berbanding LRT - projek yang diserahkan kepada kroninya, hanya untuk dibail out oleh kerajaan kemudiannya
Dalam LRTlah orang berebut-rebut dan berhimpit kerana model gerabak yang sesuai dengan saiz landasan yang dibina kroni Mahathir adalah terkecil sekali. Sebab itu kalau nak rasa kesusahan rakyat marhaen, naik LRT, bukan MRT.
MRT adalah manifestasi sebenar kerajaan peduli rakyat kerana ia menawarkan keselesaan pengangkutan awam dalam erti kata sebenarnya yang tidak pernah Mahathir fikirkan selama ini.
Bagi projek infrastruktur rakyat seperti LRT kepada kroni hanya semata-mata nak kayakan sebelah pihak, sebab tu semua orang sesak. Mungkin sebab nak jimat wang .
oohhh mahdir.. sian2
ReplyDelete