Monday, September 18, 2017

Dari Dulu Memang Mat Taib Tak Menambah Pun, Baru Sedar Ke?


Pakatan seperti diramal, mula meremeh-remehkan kemasukan semula Tan Sri Mohd Mohammad Taib ke dalam UMNO, kononnnya Mat Taib ini ada tak menambah, takde tak mengurang.  

Itu yang muda sikit, yang tua sangat pun sampai hati menyifatkan Mat Taib macam benda buruk, tak sedar dia tu sendiri dah 92 tahun.  Apa yang 'indah' lagi pasal tua umur 92 tahun ni?

Sebetulnya dari dulu pun memang Mat Taib ini seperti yang mereka cakap - tak menambah dan tak mengurang.  Itu yang kita hairan kenapa pergerakan masuk Mat Taib dari satu parti ke satu parti yang lain berkaitan Pakatan dianggap macam benda besar yang perlu diraikan.  Masuk PAS pun macam itu, masuk PKR pun macam itu.  Segala kata-kata baik dilemparkan kepadanya.

UMNO mengadakan sidang media ringkas (live pun tak dibenarkan) mengenai kemasukan semula Mat Taib ada kepentingan politik di dalamnya.  Nak menunjukkan bahawa keputusan membawa masuk bekas pengkhianat parti ini adalah dipersetujui sebulat suarat oleh Majlis Tertinggi dan kepimpinan UMNO Selangor sendiri - bukan keputusan Datuk Seri Najib Abd Razak seorang.


Nanti kalau apa-apahal berlaku, tidaklah Najib seorang yang dipersalahkan kerana ia keputusan secara kolektif seperti dibuktikan dalam sidang media tersebut.  Semua ahli Majlis Tertinggi UMNO hadir kecuali seorang yang berada di luar negara.  Ikut Najib, nak ke dia ambik semula Mat Taib ni?  

Sepanjang 5 tahun Mat Taib berada dalam Pakatan, bukan sikit tohmahan yang dilemparkannya kepada Najib.

Tapi seperti yang dikatakan ini adalah kehendak semua pihak, termasuk UMNO Selangor sendiri, maka Najib akurlah.  Mat Taib sajapun, macam Pakatan katalah, ada tak menambah, takde tak mengurang.

No comments:

Post a Comment