CEO MAS mengesahkan semua dakwaan Mahathir dalam soal pembelian pesawat Boeing oleh syarikat tersebut adalah tidak tepat.
Peter Bellew mengesahkan juga tidak ada siapa menghubunginya atau syarikat tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat berkaitan perkara tersebut.
Ya, Peter Bellew bercakap sebagai orang korporat. Kesahihan maklumat memang penting dalam bidang korporat. Beli 10, tak boleh kata beli 20, rugi RM 32 billion, tak boleh kata rugi RM 5.7 billion - contohlah.
Tapi ini politik, bidang yang Bellew tidak tahu, ada Mahathir pulak, lagilah. Monyet pun berhenti bernyawa bila kelibat Mahathir ada.
Dalam politik, politik Mahathir pulak lagi, mendapatkan kesahihan maklumat terus dari sumber, adalah suatu yang sebenarnya mudah tapi tidak dilakukan kerana ia bermaksud isu itu tidak boleh dipolitikkan.
Masa 1MDB pun macam itu juga. Bila-bila Mahathir boleh jumpa Arul Kanda bertanya sendiri semua yang dia nak tahu mengenai syarikat berkenaan tapi itu tidak Mahathir lakukan sebaliknya dia terus menuduh Datuk Sri Najib melesapkan RM 42 Billion di udara yang nipis.
Jika alasannya Mahathir tidak ada kuasa, pentaksub Mahathir, Muhyiddin yang waktu itu Timbalan Perdana Menteri, takkan tak boleh tanya?
Kebenaran bermaksud masa depan politik Mahathir malap!!
No comments:
Post a Comment