Pelaburan KWSP dalam PLUS selama hari ini memberikan banyak keuntungan kepada pencarumnya hasil pulangan dividen yang baik.
Selain itu, 2 entiti yang memiliki PLUS sekarang ini (KWSP dan UEM) adalah berkaitan kerajaan sepenuhnya dan tidak boleh sewenang-wenang membuat keputusan mengenai kenaikan kadar tol yang dulu ditetapkan zaman Mahathir mesti naik setiap 3 tahun sekali, no matter what!!
Atau kerajaan kena bayar pampasan.
Sekarang ini ada pulak cadangan sebuah syarikat (dipercayai milik kroni Mahathir) untuk membeli PLUS sebanyak RM 32 billion dengan janji tidak akan menaik kadar tol sehingga perjanjian tamat. Namun tidak ada jaminan saham ini tidak akan dijual kepada pihak lain yang berminat setelah mereka berjaya memilikinya nanti.
Jika itu berlaku, adakah jaminan kadar tol tidak naik itu akan dipertahankan oleh pelabur yang baru?
Rakyat bimbang, adakah percaturan ini semua, semata-mata akal untuk membawa wang Mahathir yang bertimbun dan tersekat di luar negara? Ada dakwaan Mahathir menyimpan sehingga RM 85 billion duit di luar negara dibuat bekas pembantu khasnya dan Mahathir tidak pernah menyaman orang ini.
Ini kebimbangan semua ramai orang, selain dividen yang mungkin terjejas.
No comments:
Post a Comment