Mahathir mungkin terlalu tua untuk sedar bahawa dia sedang menghancurkan Pakatan apabila mencadang untuk mengubah nama Pakatan kepada yang lain. Isu ini saja boleh buat Pakatan berpusing kerana siapa Mahathir nak menentukan hujung dan pangkalnya Pakatan.
Apa pun status Mahathir, satu hakikat yang pasti, parti itu hanya ada 1 ahli parlimen - Muhyiddin, lagi nak demand macam-macam.
Lebih teruk lagi, Mahathir turut berkata "tiru BN Kalau Nak menang" - betul muka tak malu tua kutuk ni, dah macam macam yang buruk disebut pasal BN, tapi bila nak menang, suruh tiru cara BN pula.
Seolah Pakatan ini parti budak budak sekolah. Tak kan dinasor politik macam Anwar Dan Kit Siang tak tahu perkara tu, sudah tentu mereka tahu tapi atas sebab politik tertentu, perkara itu (tiru macam BN), tidak dilakukan mereka.
Tapi yang penting, perkara seperti ini tak payahlah cakap dengan oranglah ye tak? Serupa macam dedah pekung sendiri sajalah, apa yang dapat?
Itupun si bodoh Mahathir ni tak boleh nak fikir ke? Semua ini tak membantu Pakatan untuk menghadapi BN dalam PRU14, setakat bong bang bong bang dalam FB sajalah.
Dengan semua yang berlaku ni, percayalah, nun jauh di sana, Najib sedang mengekek-ngekek ketawa melihat Mahathir sedang memusnahkan Pakatan bagi pihaknya.
No comments:
Post a Comment