Monday, March 20, 2017
Debat 1MDB: Nazri Mungkin Tak Berminat Tapi Mahathir Mahu Menang!!
Kata Datuk Seri Nazri Aziz, tidak ada pihak yang menang, tidak ada pihak yang kalah dalam debat 1MDB dirancang pada 25 Mac ini di Padang Rengas. Secara tidak langsung menunjukkan Nazri tidak berminat untuk menang dalam perdebatan itu.
Tapi bagi Mahathir, adalah penting untuk dia menang dalam debat tersebut. Tak betul-betul menang, kelihatan menang pun cukuplah.
Sebetulnya tidak ada satu cara menentukan siapa yang menang atau kalah dalam sesi debat, ini bukan perlawanan bola dimana siapa paling banyak gol menang. Paling common, bila salah satu pihak tidak dapat menjawab soalan pihak yang lain sajalah, itu dianggap menang.
Dalam senario yang dijangkakan berlaku semasa debat itu nanti, Mahathir akan kemuka soalan yang dia sendiri pun tidak ada jawapan, untuk Nazri menjawab. Sudah tentu bila Nazri gagal menjawab soalan itu atau memperlekehkannya, ini akan dianggap sebagai kemenangan kepada Mahathir.
Nazri tanya satu soalan cukuplah, apa kaitan Tanore Finance Corporation yang masukkan RM 2.6 billion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri pada 2013, ada kaitan dengan 1MDB sehingga Mahathir begitu yakin wang itu datang dari 1MDB?
Confirm Mahathir tak boleh nak jawab.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment