Wednesday, March 29, 2017

"Kepala Perompak" Hadir Mesyuarat Dipengerusikan "Mulut Jahat"


Mat Sabu.......dengar nama pun dah gelak, belum dengar dia bukak mulut lagi.  Apa ada pada Mat Sabu ni? Cerdik? Tak. Warak? Jauh sekali.  

Nak panggil cerdik macam mana, ciri-ciri itu langsung tak ada!! Mat Sabu kot, ingat DAP 'perkenan' dia jadi Presiden PAN sebab dia cerdik ka?  Pasal dia bodohlah.

Tapi semalam Mat Sabu pengerusikan mesyuarat Pakatan yang antaranya turut dihadiri bekas Perdana Menteri dan bekas Timbalan Perdana Menteri!!

Wow....dahsyat Mat Sabu.  Bodoh-bodoh dia pun dapat pengerusikan mesyuarat dengan ahli-ahli yang LEBIH BESAR dari dia.


Ironinya, Mat Sabu pernah panggil bekas Perdana Menteri itu sebagai kepala perompak dan bekas Perdana Menteri itu pulak pernah panggil dia mulut jahat.  

Tapi diakhirnya Mat Sabu menanglah, sebab walaupun dia dipanggil mulut jahat tapi kepala perompak yang dia gelar tadi tu, hadir mesyuarat yang dia pengerusikan.

Dulu, siapa pun tak terfikir akan jadi macam ini.  Siapa sebenarnya yang tidak ada maruah?  Tentukanlah.



No comments:

Post a Comment