Monday, March 6, 2017

Mahathir Raja U-Turn, Kalau Dia U-Turn Ke Najib Bagaimana?


Mahathir buat hal lagi.  Semalam dia mengaku di depan khalayak yang tak berapa nak ramai dalam satu ceramah Pribumi bahawa dia adala Raja U-Turn.  Berbeza dengan yang lepas-lepas, hanya 2 ke 3 manusia saja percaya Mahathir sedang bersinikal.

Lebih ramai yang lain percaya, Mahathir serius, dia memang mengaku sebagai Raja U-Turn.

Mahathir mungkin tengah mamai masa bercakap.  Dia tak sedar dengan mengaku macam itu, dia sebenarnya sedang mengatakan "Ya, aku kaki penipu, dulu aku cakap lain, sekarang aku cakap lain, akulah Raja Penipu".

Golongan macam Mahathir ini ada nama dalam Islam.  Mereka digelar golongan munafik - cakap tak boleh pakai.  Bagaimana rakyat nak percayakan orang ini dan suku sakat mereka untuk memimpin negara?  Hari ini cakap lain, esok buat lain?

Lebih teruk lagi, bagaimana agaknya kalau nanti tiba-tiba Mahathir buat U-turn terbesar dengan berpaling kepada Najib pula?  Ini bukan mustahil untuk kaki penipu dan U-turn macam Mahathir, apa saja berkemungkinan.

Tengok dia dengan Anwar dan Kit Siang saja sudahlah.

Dalam masa yang sama hairan jugak.  Dengan Najib, bersusah payah Mahathir cuba mengatakan beliau seorang penipu, yang dia mengaku sendiri penipu macam itu saja, pun masih ada orang sokong?  Bebal macam manalah ni?

No comments:

Post a Comment