Thursday, March 23, 2017

Lawan Najib, Tak Sedar Diri Tu Nak Dikorbankan


Kata seorang bekas pesara kerajaan ini dari parti Pribumi, dia mahu mencabar Datuk Sri Najib di Pekan dalam PRU14 yang akan datang.  Latarbelakang sebagai orang pencen (pernah pegang jawatan besar dalam kerajaan) disamping status sebagai anak tempatan, dijadikan sandaran.

Persoalannya, kenapa orang ini - yang tidak ada langsung pengalaman politik? Kenapa bukan nama-nama besar dalam Pribumi yang lain?  Hantarlah Muhyiddin ke, Mukhriz ke atau paling tidak Zainuddin Maidin (Zam).  Zam ini tidaklah nama besar tapi dia mulut besar.  Banyak sangat cakap tapi mencabar Najib tidak berani.

Atau paling tidak Mahathir sendiri turun bertanding di Pekan.

Nampak sangat orang tua ini dihantar untuk dikorbankan kerana tidak ada orang lain yang berani mengambil risiko untuk menentang Najib di kawasan tradisinya sendiri.  Ini bukan pertama kali, ikut sejarahnya memang calon parti lawan yang dihantar melawan Najib di Pekan, entah kualiti sampah mana punya calon.

Sejak 41 tahun lepas, tidak pernah pembangkang menghantar calon favorite mereka untuk menentang Najib, samalah macam kes yang ini pun.  Tak sebut lagi belum tentu pun Pribumi yang akan mewakili Pakatan di Pekan, nak ke PKR bukak jalan?

Bertanding pilihanraya ni untuk bantu rakyat, bukan kerja main-main atau suka-suka dan nampaknya Pribumi ni bukan serius nak bantu rakyat sangat pun, hanya sebab kesumat dengan Najib saja, sebab tu dihantar tua kutuk tak sedar diri ni.


No comments:

Post a Comment