Gayung nampaknya bersambut bila Datuk Sri Nazri Aziz bersetuju berdebat dengan Mahathir tentang isu 1MDB. Kita dah lama tunggu apa bukti yang Mahathir ada untuk mengatakan dana RM 2.6 billion yang masuk dalam akaun Perdana Menteri pada 2013, adalah wang dari 1MDB,
Yang kita tahu, wang itu dari Tanore Finance Corporation melalui Falcon Private Bank di Singapore. Tanore Corporation bukan ada kaitan sama sekali dengan 1MDB.
Mahathir bagaimanapun bertegas mengatakan bahawa wang ini adalah dari 1MDB tapi sehingga sekarang dia gagal mengaitkan Tanore Corporation yang memasukkan wang RM 2.6 billion tersebut ke dalam akaun Perdana Menteri dengan 1MDB.
Logiknya, kalau syarikat yang takde kena mengena dengan 1MDB masuk duit dalam akaun Perdana Menteri, bagaimana pulak Mahathir percaya Najib mencuri wang dari 1MDB?
Jadi besar kemungkinan Mahathir akan tergagap-gagap mengelak kesipuan. Oleh yang demikian, Nazri diminta menggunakan budi bicara beliau untuk tidak terlalu menekan orang tua itu yang secara teknikalnya hidup dengan bateri yang menghidupkan Pacemaker jantungnya.
Nanti apa-apa jadi, Nazri juga yang kena.
No comments:
Post a Comment