Thursday, November 17, 2016

Tahu Takde Sambutan, Mahathir Tinggalkan Bersih 5 Siang-Siang


Amat tidak logik Mahathir memberikan alasan tak dapat hadir Bersih 5 kerana terikat dengan urusan lain di luar negara.  

Perhimpunan haram itu bukan dirancang 2 minggu awal tapi hampir 3 bulan lamanya.  Pertengahan bulan Ogos lagi sudah diwar-warkan perhimpunan itu akan diadakan pada bulan November - dan Mahathir masih tidak dapat datang?

Sungguh tak masuk akal.

Adakah sebetulnya Mahathir sudah dapat membayangkan perhimpunan ini tidak akan dapat sambutan. maka itu dia tidak datang?  Kita tahu Mahathir gilakan publisiti dan tidak mungkin dia meninggalkan Bersih 5 melainkan ia tidak menguntungkan dirinya saja.
Macam Bersih 4 dulu lah, asalnya tidak ada rancangan pun Mahathir nak datang, tapi setelah melihat ramai orang datang (terutama China), Mahathir boleh pulak muncul secara tiba-tiba.

Justeru, ketidakhadiran Mahathir ini boleh dijadikan bukti Bersih 5 tidak akan dapat sambutan - sekurang-kurangnya seperti yang Mahathir harapkan.  Selain itu ada risiko bertembung dengan kumpulan merah, risiko orang tua macam Mahathir tidak akan ambil sama sekali.

Maka itu, kalau ada apa yang buruk, Mahathir boleh lepas tangan begitu saja, ini memang cara dia.

No comments:

Post a Comment