Monday, November 21, 2016

Bersih 5: Mahathir Datang, Orang Lagi Kurang


Beza dengan tahun lepas, tahun ini Mahathir hijack habis Bersih 5 jadi program dia.  Dengan pemimpin pembankang lain-lain segan nak tunjuk muka sebab taknak dikaitkan nanti Bersih dengan politik (non-partisan la konon), Mahathir tidak peduli semua itu

Sama seperti program Nothing To Hide dulu, ini pun si tua tak sedar diri ini hijack juga.  Hitam betul hatinya.

Begitupun ada baiknya juga, nampak jelas orang-orang Pribumi ini berharap kepada Mahathir.  Muhyiddin, Kadir dan Mukhriz, awal-awal lagi dah datang, tapi bersembunyi entah di hotel mewah mana, bila Mahathir turun saja, baru mereka berani tunjuk muka.

Itu satu hal, satu hal yang lain, kehadiran Mahathir - Pengerusi parti dominasi Melayu, tidak meningkatkan pun jumlah orang Melayu yang datang ke Bersih.  Cina masih lagi majoriti dan kelibat mereka hampir boleh dilihat di setiap penjuru dengan Melayu dan India sesekali ternampak.

Jumlah keseluruhan pun merosot berbanding dengan Bersih 4 yang lepas.  Tahun lalu penganjur kata 500k yang datang, Malaysiakini kata 100k saja datang, tapi tahun ni, penganjur dengan bangga dakwa 100k datang sedangkan Malaysiakini hanya berani kata 40k saja hadir.

Hakikatnya tak siapa tahu jumlah yang tepat tapi dengan menganggap apa yang mereka sendiri kata ni betul, itu saja dah menunjukkan jumlah kehadiran merosot - dengan kehadiran Mahathir.  Bukan sikit, tapi banyak merosotnya.

No comments:

Post a Comment