Wednesday, November 9, 2016

Mahathir Jual Hasmah, Untuk Pujuk Azizah



Ramai yang terkejut apabila melihat Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail duduk di sebelah Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Ini kerana umum mengetahui Wan Azizah masih tidak dapat bekerjasama dengan Tun Mahathir setelah melalui pelbagai jerit payah ekoran pelbagai tindakan kejam bekas perdana menteri itu.



Ada yang mendakwa mungkin Wan Azizah telah mula melupakan sejarah kerakuksan Mahathir yang menganiaya mereka sekeluarga khususnya kepada suaminya Anwar Ibrahim.

Namun pada hakikatnya Mahathir sebenarnya terpaksa menjual isterinya, Tun Siti Hasmah untuk memujuk Wan Azizah.

Media sebelum ini dikejutkan dengan kunjungan mengejut Siti Hasmah ke rumah Wan Azizah di Bukit Segambut baru-baru ini setelah 18 tahun tidak berhubung.

Ramai yang sebelum berkata kunjungan pada Jumaat lalu itu hanya sekadar perjumpaan muhibah,  sekadar untuk minum teh dan bertukar-tukar cerita mengenai cucu mereka.

Namun hakikatnya Hasmah membawa misi khas suaminya iaitu memujuk Wan Azizah agar menerima Mahathir dalam gerakan menjatuhkan Najib.

Kunjungan itu juga bertujuan untuk mengelakkan Mahathir mendapat malu sekiranya bertemu dengan Wan Azizah dalam perjumpaan di parlimen semalam.

Begitulah liciknya Mahathir yang sanggup mengunakan apa sahaja peluang dan cara bagi memastikan matlamat politiknya berjaya.

Persoalannya sekiranya benar hubungan tersebut telah terjalin dengan baik,beranikah Mahathir mengakui segala kekejamannya terhadap Anwar sekaligus memohon maaf secara terbuka kepada Wan Azizah?

No comments:

Post a Comment