Thursday, November 3, 2016

Sahlah Mahathir Nak Mukhriz Jadi PM


Mahathir sebelum ini mati-mati menafikan ada hasrat untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri, walaupun ramai orang tahu, itulah pun hasrat sebenarnya - dengan Muhyiddin jadi PM sementara saja.

Sebaliknya kata Mahathir, dia melawan Najib ni kerana rakyat dan negara.

Untuk mengukuhkan lagi penafian itu, bila parti cap bunga raya ini ditubuhkan, Mukhriz diletak sebagai Naib Presiden, sementara jawatan Timbalan Presiden sengaja dikosongkan.  Jadi tak nampak sangatlah dia  nak menjadikan Mukhriz sebagai PM tu.

Tapi semalam, segalanya terbongkar bila Mukhriz secara rasmi dilantik Mahathir sendiri sebagai Timbalan Presiden dibawah Muhyiddin.  Perlantikan itu secara langsung membuktikan apa yang semua orang cakap bahawa Mahathir melawan Najib, bukan sebab rakyat, tapi sebab ada kepentingan sendiri.
Iaitu melantik anaknya sebagai Perdana Menteri.

Maka benarlah tidak ada apa yang rakyat mengenai tindakan Mahathir melawan Najib ini, semua pun sebab untung sendiri.  Ini tak menghairankan, Anwar yang Mahathir penjarakan kerana meliwat itupun, boleh berbaik-baik sekarang.

Semuanya sebab ada untung politik, tak lain dan tak bukan.

No comments:

Post a Comment