Mahathir baru-baru ini mengarahkan balaci di Facebook untuk masukkan gambar konon kerajaan menamatkan kontrak tukang masaknya yang telah berkhidmat untuk Mahathir selama 35 tahun.
Sedih benar nampaknya tu seolah-olah Mahathir - dengan gaji yang tidak pernah disentuh sepanjang jadi Perdana Menteri kerana semuanya ditanggung kerajaan, 'dianiaya' kerajaan apabila perkhidmatan tukang masaknya diberhentikan kerana tamat kontrak.
Penulis tidak pastilah sama ada betul atau tidak perkhidmatan makcik itu diberhentikan kerajaan. Tapi kalau benar pun, dengan perkhidmatan mencecah 35 tahun, penulis tidak rasa ia ada kena mengena dengan penganiayaan seperti yang Mahathir mahu rakyat lihat.
35 tahun, penulis yakin dah cecah umur persaraan. Tak tahulah kalau dia masak untuk Mahathir dari umur 15 tahun, yang ada baki 10 tahun lagi perkhidmatan kalau ikut had persaraan 60 tahun. Ini kira-kira bodoh sajalah, dengan andaian umur makcik tu 25 tahun ketika mula memasak untuk Mahathir.
Dan kalau sekalipun itu kesnya, Mahathir dengan separuh dari keseluruhan keturunannya bergelar jutawan ini, pada bila-bila masa boleh membayar perkhidmatan makcik tukang masak tersebut, masak sampai meninggal pun tak apa.
Kuda boleh bela sampai ke Argetina, takkanlah tukang masak yang entah berapa sangat gajinya tu Mahathir (atau anak-anaknya) tak boleh bayar?
Dahlah, menyampah pulak dengan propaganda bodoh ni.
No comments:
Post a Comment