Tuesday, November 8, 2016

"Nasihat" Syed Saddiq Atas Restu Muhyiddin?


Tindakan budak mentah bernama Syed Saddiq cuba 'menasihatkan' DYMM Sultan Johor tentang hak berhimpun, mendapat reaksi negatif masyarakat.  Majoriti (kalau tidak semua) begitu marah dengan tindakan tersebut kerana disifatkan sebagai kurang ajar.

Begitupun sehingga ke saat artikel ini ditulis, tidak ada sebarang kenyataan rasmi dari kepimpinan Pribumi yang lain mengenai tindakan Syed Saddiq ini terutama Presidennya, Muhyiddin Yassin yang juga berasal dari Johor.

Seolah-olah mendapat restu pulak.

Justeru, untuk meleraikan persoalan ini supaya tidak menjadi krisis yang berpanjangan, Muhyiddin perlu tampil dengan kenyataan menyokong atau tidak menyokong tindakan Syed Saddiq ini.

Atau, jangan salahkan masyarakat kalau menganggap Muhyiddin bukan setakat merestui bahkan menjadi dalang disebalik tindkaan budak mentah ini.

Lagipun bukan kita tak tahu pendirian Mahathir, Pengerusi Pribumi terhadap institusi beraja di negara ini

No comments:

Post a Comment