Malam tadi Mahathir datang memberikan sokongan kepada perhimpunan tak sampa seratus orang mendesak pembebasan Maria Chin di Bukit Aman. Sanggup duduk atas batu tepi longkang tu sebab fizikalnya dah tak berdaya tapi dipaksanya juga sebab nak menunjuk kepada Najib betapa kuatnya dia melawan - macamlah Najib peduli.
Dalam katanya tak boleh kena hujan, Mahathir tetap juga datang. Tak tahulah Maria ini dah berapa koyan jasa dia buat untuk Mahathir tapi besar maknanya kepada dia tu bila Mahathir hadir dalam demo tersebut.
Begitu pun hairannya, sehari sebelum semalam, seorang penyokong setia Mahathir yang juga aktivis media sosial antara tersohor, meninggal dunia di Terengganu. Jangan kata nak menjenguk, difahamkan tanya khabar atau hantar orang pun tidak.
Sedangkan arwah tu menyokong Mahathir sampai ke sudah, buktinya, hari meninggal dunia, artikel dalam blognya adalah tentang memuji Bersih 5 yang dihijack Mahathir.
Apa persepsi orang ramai bila ini berlaku? Nampak sangat kerana nak capai tujuan dan hajat, Mahathir sanggup buat apa saja, benda lain diangap tak penting termasuklah penyokong setia yang meninggal dunia ini tadi.
Sudah lah cakap dah tak boleh dipakai, hati perut pun takkan takde?
No comments:
Post a Comment