Thursday, November 10, 2016

Hari Ini Pakatan Menang, Esok Sudah Berebut Jawatan


Dari segi perang politik, tidak ada bezanya antara parti Republikan dengan parti Demokrat.  Masing-masing guna semua teknik yang ada dalam buku.  Maki, serangan peribadi, dedah mendedah dan sebagainya.

Tapi bila menang, yang kalah terima hakikat dan teruskan hidup dari situ, siap nak bekerjasama pula lagi - demi negara.

Beza pulak dengan negara.  Pakatan Harapan dipimpin DAP ini sampai sekarang belum ada jawapan siapa akan jadi Perdana Menteri jika mereka menang, tak mustahil rakyat dan negara akan terperangkap dalam perebutan jawatan tak habis-habis.

Anwar dulu, dia suka guna pendekatan bersetuju untuk tidak bersetuju bila memperkatakan tentang perbezaan dalam Pakatan Rakyat yang dia pimpin.  Setelah Anwar masuk penjara, DAP ambil alih segala dan pendekatan itu (bersetuju untuk tidak bersetuju) gagal dipertahankan.

Hasilnya PAS terkeluar, dipecahkan kepada dua (wujudnya PAN) dan Pakatan Harapan ditubuhkan.

Apabila Mahathir pula cuba mengambil alih Pakatan Harapan dengan menubuhkan parti Pribumi cap bunga raya ini, dia bawa sikap diktatornya - buat keputusan tanpa tanya orang lain.


Mahathir awal-awal lagi, tanpa berbincang dengan parti pembangkang yang lain, telah menamakan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.  PKR, DAP  dan PAN sebulat suara bersetuju hanya Anwar akan jadi Perdana Menteri.

Jadi siapa sebenarnya akan jadi Perdana Menteri?  Dulu (masa Pakatan Rakyat), masalah ini tak timbul, sekarang - dengan campur tangan Mahathir), inilah masalah sebenarnya.

Apa sudahnya nanti, berebut sajalah tak habis-habis.  Inikah yang rakyat mahu, jadi mangsa kepada kehendak satu pihak yang hanya fikir kepentingan sendiri?  Fikir sajalah.

No comments:

Post a Comment