Friday, July 29, 2016

Kali Kedua Mahathir Terkait Isu Insider Trading


Bekas rakan kongsi anak Mahathir Mokhzani dalam Kencana Petroleum, Yeow Kheng Chew hari ini didakwa dan tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan 'insider trading' sejumlah saham Kencana sekitar tahun 2011.

Mokhzani keluar dari Kencana Group pada tahun 2015 tapi masih mengekalkan sejumlah saham yang besar dalam syarikat tersebut.  Dipercayai, Mokhzani juga hanya menunggu masa untuk dikaitkan dengan perkara ini.

Pertuduhan ini membuat kita tertanya-tanya, adakah ini sebabnya kenapa Mahathir melobi agar DoJ Amerika Syarikat membuat pengumuman untuk menyaman sivil 4 individu kerana didakwa menggelapkan wang 1MDB, bila mana 1MDB tak tahu pun wangnya digelapkan?

Hubungan Mahathir dengan pelobi Amerika Syarikat kukuh berikutan dia pernah menggunakan khidmat mereka dan membayar berjuta US dollar pada tahun 2001 unutk berjumpa dengan Presiden Amerika ketika itu, George Bush.
Rasanya memang ada hubungan sebab umum tahu tidak ada apa yang Mahathir tidak akan buat demi untuk melindungi kepentingannya - kroni, anak-anak termasuk.  Bahkan baru beberapa hari ini saja, Mahathir mengadu pegawai cukai datang menggangu mereka-mereka yang dinamakan di atas.

Jika ini benar, jelaslah semua ini hanya konspirasi Mahathir untuk menjatuhkan Najib, bukan betul-betul Najib ini hilangkan duit sesiapa.



Seperkara lagi, ramai tak perasan mungkin bahawa ini adalah kali kedua nama Mahathir dikaitkan dengan Insider Trading. 

Sebelum ini seorang bekas pengarah, Repco Low turut dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun kerana kesalahan yang sama.  Kesnya, Repco Low diarahkan membeli sahamnya sendiri oleh Mahathir dalam usaha menangani kesan krisis ekonomi 1997.

Dulu insider trading, sekarang insider trading, tak syak lagi, Mahathir punya kerjalah semua ni.

No comments:

Post a Comment