Wednesday, July 20, 2016

Penang Dah Nak Pilihanraya, Parti Mahathir Apa Khabar Berita?


Sejak diumumkan beberapa minggu yang lepas, masih tidak ada perkhabaran mengenai parti baru yang nak didaftarkan Mahathir.  Nama parti dah berkajang-kajang disenaraikan orang tapi partinya masih tidak nampak bayang.

Masalah nak memilih agaknya, maklumlah kan, banyak sangat.

Tapi rasanya elok dipercepatkan sebab hampir menjadi kenyataan tak lama lagi ni ialah pilihanraya negeri di Pulau Pinang - yang bakal diadakan gara-gara Lim Guan Eng di dakwa di Mahkamah kerana rasuah.

Masa inilah parti baru Mahathir nak tunjuk taring.  Kata banyak sangat sokongan sebab fan page kat Facebook ada berjuta likers, sana sini buat program berpusu orang datang dengar.  Jadi apa lagi, tubuhlah parti baru itu cepat-cepat dan bertanding di Pulau Pinang.

Kalau lambat sangat prosesnya, ambil alih saja mana-mana parti politik sedia ada yang tidak begitu berfungsi.  Parti macam KITA atau Parti Cinta Malaysia conothnya.  Tak pun di Sabah Sarawak ada banyak juga parti yang dorman, didaftarkan tapi tidak begitu aktif.

Tukar nama yang sesuai dan boleh masuk bertanding.

Jangan kata tak boleh.  Inilah dulu yang Anwar buat (ambil alih parti sedia ada), sebab itu dia dipecat tahun 1998, PRU 1999, PKR dah boleh bertanding, malah menang 1 kerusi parlimen dan beberapa kerusi DUN - itu baru jadi Timbalan Menteri dan Menteri Kewangan dah boleh capai 'kejayaan' macam itu.

Mahathir jadi Perdana Menteri 22 tahun, sudah pasti pencapaiannya lebih hebat dari Anwar, tapi kalau tak hebat juga, berhenti jadi manusialah, buang masa saja.  Gembar gembur boleh tahan tapi satu habuk pun takde.

No comments:

Post a Comment