Setakat artikel ini ditulis, dikalangan beberapa ahli UMNO yang telah dipecat seperti Mahathir, Muhyiddin dan Shafie Afdal, semuanya telah mendapat tawaran yang cukup bernilai dari pakatan pembangkang.
Mahathir saja setakat ini sudah dianggap sebagai de facto leader oleh media pembangkang, Muhyiddin pula ditawarkan untuk menjadi Ketua Pembangkang dan Shafie pada bila-bila masa dari sekarang khabarnya akan ditawar untuk menhetuai blok politik yang baru di Sabah.
Yang belum menerima apa-apa tawaran setakat ini hanya Mukhriz Mahathir.
Apalah malang nasib Mukhriz agaknya, tidak ada siapa yang tampil menawarkan apa-apa kedudukan yang sesuai untuknya selain dari menjadi ahli biasa.
Tak hairan kenapa bapanya mencadangkan satu parti baru ditubuh untuk meneruskan warisan perjuangannya, mungkin untuk memastikan Mukhriz ada tempat yang nampak hebat dalam politik setelah tidak ada parti pembangkang sedia ada yang sudi menawarkan tempat untuknya.
Malah, mungkin kerana merasakan dirinya tidak laku, Mukhriz dilaporkan akhbar Sinar Harian semalam, sedang mengintai peluang untuk menjadi pelayan restoran!! Terdesak macam itu sekali.
Apa pun inilah bukti bahawa pengorbanan Mukhriz hanya sia-sia. Dengar lagi cakap tak ikut otak, kan dah mendapat.
No comments:
Post a Comment