Menteri Komunikasi Salleh Keruak semalam membayangkan bahawa kes saman sivil di Amerika Syarikat terhadap 4 individu kerana dakwaan menggelapkan wang 1MDB, adalah didalangkan oleh Mahathir.
Ini berdasarkan fakta bagaimana Mahathir menghantar balaci suruhannya seperti Khairudin dan Mathias Chang ke beberapa negara asing untuk memfailkan laporan terhadap 1MDB berkaitan penggubahan wang haram - isu sama yang membawa kepada siasatan di Amerika Syarikat hari ini.
Sebagai tindak balas, keyboard warrior dedakan Mahathir, menafikan sepenuhnya bahawa Mahathir terlibat dan dia adalah seorang patriotik yang tidak membenarkan sebarang campur tangan asing, lebih-lebih lagi dari Amerika Syarikat.
Amerika Syarikat sudah banyak kali menipu dunia, paling besar apabila menuduh Saddam ada simpan WMD tapi sehingga sudah, taik atom pun tak jumpa di Iraq nun.
Tapi lupakakah kita bahawa April lepas ketika diwawancara wartawan Australia, Mahathir secara terbuka mengalu-ngalukan campur tangan asing dalam negara. Kata Mahathir, "kebiasannya saya tidak suka campur tangan asing tapi saluran untuk kami membetulkan keadaan telah tertutup sepenuh (dan kerana itu campur tangan asing adalah wajar).
Ini mulut Mahathir sendiri keluar ane, bukan lain mulut keluar tau.
Jadi percayalah bahawasanya semua ini adalah konspirasi Mahathir untuk melihat Najib jatuh. Maklumat yang digunakan DoJ untuk melancarkan siasatan ini pun silap-silap asalnya daripada dia.
Mahathir memang sial terbesar.
No comments:
Post a Comment