Dikalangan orang Islam, ramai yang bimbang tidak sempat berjumpa dengan Ramadhan. Bulan suci dan penuh keberkatan disamping istimewanya malam Lailatulkadar, menyumbang kepada keadaan itu.
Tapi agak malang bagi Mahathir, situa yang sudah 91 kali bertemu Ramadhan. Masih dapat kesempatan pada usia yang agak jarang ini, Mahathir tidak menggunakan kelebihan itu malah mensia-siakannya dengan dosa terutama sekali yang berkaitan adu domba dan fitnah.
Inilah yang kita lihat aktviti Mahathir sepanjang Ramadhan. Pantang jumpa mikrofon atau soalan wartawan, tidak ada apa yang baik keluar dari mulutnya, semua tentang penipuan, fitnah dan dendam tak berkesudahan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kebetulan ada pulak 2 kempen pilihanraya kecil sepanjang Ramadhan yang lepas. Dari menggunakan masa untuk menambah amal, Mahathir mensia-siakannya dengan membuat dosa. Buat tuduhan saja, buktinya tidak ada.
Menang besar pulak lagi BN dalam kedua-dua kempen itu, bertentangan dengan kehendak Mahathir yang mahu BN kalah, menambahkan lagi kegilaan tua kutuk ini menyerang Najib. Hajat tak sampai, yang dikatakan referendum menolak Najib itu rupanya jadi kejayaan yang gemilang buat beliau.
Seolah macam orang tidak ada agama atau sememangnya Mahathir bertuhankan fahaman Machiavelli seperti yang biasa orang kata. Ucapan hari raya pun macam itu, habis semua rakyat dituduhnya makan rasuah.
Apa pun ini bukan contoh yang baik untuk orang muda. Hidup dalam dendam dan benci 24 jam sehari semalan ini bukan resepi kepada seorang Islam yang taat kepada agamanya. Pengikut iblis saja yang hatinya penuh benci dan marah tak sudah-sudah, takde ketenangan dan iman langsung.
Tak pulak penulis kata Mahathir ini pengikut iblis tapi faham kita lain-lain, tak semuanya yang sama, terserahlah nak anggap macam mana.
No comments:
Post a Comment